SMK BENUT?

MAKSUD LENCANA SEKOLAH

Bentuk :
Bentuk perisai melambangkan kerajinan, ketabahan dan ketegasan dalam menghadapi maslah pengajaran dan pembelajaran.

Warna maroon:
Merupakan warna kebanggaan sekolah yang melambangkan keberanian, keikhlasan, dan kejujuran dalam masyarakat sekolah yang berbilang bangsa.

Moto :
“BELAJAR, BERAMAL, BERJASA” jelas mengingatkan setiap pelajar supaya mengamalkan segala ilmu yang telah dipelajari dan seterusnya membuat jasa kepada bangsa, agama dan negara.

Buku :
Menggambarkan segala puncak ilmu pengetahuan.

1965 :
1965 tertulis di dalam buku mengingatkan bahawa sekolah ini telah ditubuhkan pada 14 Januari 1965.

Obor :
Simbol yang membawa pengertian menerangi hidup pelajar-pelajar dari kegelapan dan kejahilan.

Pokok :
Melambangkan semangat perpaduan dan keharmonian serta menunjukkan hasil utama kawasan Benut.


MISI
Membangun Potensi Individu 
Melalui Pendidikan Berkualiti

 VISI
SEKOLAH UNGGUL PENJANA
GENERASI TERBILANG

DASAR  KUALITI
Sekolah Menengah Kebangsaan Benut Komited Untuk Menyediakan Dan Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Yang Berkualiti Bagi Memenuhi Keperluan Pelanggan. Adalah Menjadi Komitmen Pihak Pengurusan Dan Semua Anggota Untuk Mematuhi Keperluan-Keperluan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti Dan Meningkatkan Keberkesanannya Secara Berterusan.


OBJEKTIF KUALITI
1.      Melaksanakan 100% pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan kecuali berlaku perkara-perkara di luar kawalan SMK Benut.
2.    Memastikan pencapaian pelajar SMK Benut mencapai 65% lulus keseluruhan atau peningkatan 3% dari tahun sebelumnya dalam setiap mata pelajaran bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun, Akhir Tahun, PMR, SPM dan STPM.
3.    Memastikan 100% pelajar SMK Benut mendapat Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dalam Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Pelajar, Motivasi dan Kerjaya melainkan berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan SMK Benut.
4.    100% aduan dan maklum balas pelanggan akan dilayan sebagaimana yang dinyatakan dalam Prosedur Kualiti Aduan dan Maklum Balas Pelanggan.
5. Melaksanakan Pengurusan Kewangan Tanpa Teguran Audit.

PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Benut, Pontian dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan segala tenaga dan usaha kami untuk ;

1.       Memastikan semua kanak-kanak dan pelajar mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan.
2.     Memastikan kami sentiasa memberi perkhidmatan dengan cekap dan berkesan.
3.     Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan dan murid, rakan sejawatan, masyarakat (ibu bapa) dan negara atau kerajaan.
4.     Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
5.     Menentukan segala surat arahan daripada pentadbir sekolah dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan.
6.     Bersedia memberi penerangan dan maklumat terkini dengan lengkap, tepat dan cepat kepada yang berkenaan.
7.     Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.