PRS ?

PRS adalah singkatan bagi Pembimbing Rakan Sebaya, iaitu sebuah persatuan disekolah yang disertai oleh individu yang bersekolah yang dipilih / pilihan sendiri menyertai dengan mengamalkan konsep bantu pelajar lain dalam konteks galakkan perkembangan diri.

PRS diasaskan oleh Prof Madya Zuraida bt Abdul Rahman..

Para pelajar yang menyertai PRS berperanan juga sebagai:
-Pembimbing sebaya
-Kaunselor sebaya
-Pembimbing pelajar
-Fasilitator sebaya
-Pembantu rakan
-Pembantu peajar
-Penolong pelajar
-Pembimbing rakan 


Falsafah PRS:
Ahli  PRS perlu sentiasa menghayati Falsafah PRS iaitu “Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain”. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu, anda seharusnya berusaha mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kreativiti, dan keimanan.


Peranan PRS :
-Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
-Sebagai khidmat sokongan, anda membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
-Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan.
-Sebagai pelajar contoh kepada pelajar lain.


Prinsip PRS:
Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.



Etika PRS :
-Amanah dan menyimpan rahsia
-Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
-Memahami batasan dan keupayaan diri
-Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
-Melapor kepada guru bimbingan dan kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri dan/atau orang lain.
-Merujuk kes rumit kepada guru bimbingan dan kaunseling.
-Mematuhi peraturan sekolah, dan norma masyarakat dan agama.
-Kerahsiaan
-Keadaan berisiko/bertanggungjawab peru beritahu Kaunselor/Pengetua
-Jujur sekiranya tidak mampu memberikan pertolongan  
-Hak untuk membantu rakan-rakan sekadar termampu
-Menerima dengan perasaan terbuka dan jujur
-Terlinat secara emosi memutuskan hubungan menoong dan dirujuk kepada kaunselor


 Yang boleh dilakukan PRS :
a.      Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa, dan berempati.
b.  Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
c.       Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa altematif sebelum membuat  keputusan.
d.   Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.
e.   Mematuhi etika kerahsiaan.
f.    Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.
g.  Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal.
h.  Memimpin rakan melihat masalahnya dengan objektif dan menggalakkannya mencari penyelesaian sendiri  supaya ia belajar me!alui pengalamannya
i.   Merujuk kes yang berat kepada guru bimbingan dan kaunseling dan menjadi penghubung kepada rakan yang bermasalah untuk berteinu dengan guru bimbingan dan kaunseling atau orang yang lebih arif
j.   Menjalankan projek membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
k.  Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.
  

Perkara yang tidak boeh dilakukan PRS :
a. Mengawal, memberi khutbah atau mendesak rakan tentang apa yang mereka harus lakukan
b. Membuat kesimpulan awal dan cuba mengubah mereka.
c. Memberi nasihat atau cadangan penyelesaian untuk diikuti.
d. Membuat sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh rakan itu sendiri.
e. Membuka rahsia rakan.
f. Mengharapkan semua masalah boleh diatasi dengan segera
g. Terus berbincang dengan rakan yang menghadapi krisis dan/atau masalah emosi yang mendalam.
h. Bertindak menyelesaikan masalah rakan.
i. Mengendali masalab rakan yang runcing  sehingga menganggu ketenteraman  jiwa.
j. Menjalankan projek bersendirian dan mengetepikan rakan lain.
k. Terlibat dengan masalah rakan secara peribadi sehingga mengganggu pelajaran dan perasaan.


Fadah menyertai PRS :
-Dapat mempertingkat keyakinan diri
-Memupuk sikap positif terhadap diri dan orang lain
membina keyakinan diri
-Dapat mengasah kemahiran memberikan pertolongan dan menghadapi cabaran


Sifat pada PRS :
-Kebolehan lisan
-Kebolehan intelek
-Potensi kepimpnan
-Peringkat umur
-Motivasi diri
-Bertanggung jawab


Kemahiran yang sepatutnya ada pada PRS :
-Kemahiran memberi perhatian
-Kemahiran komunikasi
-Kemahiran empati
-Kemahiran bertanya
-Ketulenan
-Kemahiran tegasdiri (Asertif)
-Kemahiran mengesah kebenaran
-Dadah/arak
-Kesejahteraan diri/tekanan
-Potensi (keupayaan) manusia
-Latihan kepimpinan
¤